Coconut Shake Original Klebang Melaka
Pada hari Ahad yang lalu,saya dan keluarga telah ke Melaka untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan.Dalam masa yang sama kami merancang untuk ke kedai cermin mata di Sungai Udang untuk buat cermin mata lah,tak kan tak paham-paham lagi.Maklumlah saya jenis yang melekat dengan laptop dan phone,habis dah rabun jauh dan rabun silau(yang silau tu keturunan).
Selepas dari majlis perkahwinan,kami menuju ke Kedai cermin mata di Sungai Udang tu.Dalam perjalanan kami singgah di Klebang Original Coconut Shake.Sebelum ni kami dah pernah pergi.Saje singgah.
Orang beratur bukan main panjang nak take away diorang punya coconut shake sampai kena jaga dengan RELA
Pintu gerbang untuk masuk ke tempat parkingnya
Bukan main ramai orang yang datang nak minum coconut shake ni
Selepas itu,kami singgah pula di Masjid Kampung Kling untuk menunaikan kewajipan kami
Inilah dia kedai cermin matanya.Namanya Future Optic SDN. BHD. Ni alamat dan no. telefonnya
41 Jalan PSU 2 Plaza Sungai Udang, Sungai Udang, Melaka
06-351 7954
Sebenarnya saya buat cermin mata di sini kerana ianya jauh lebih murah berbanding di KL.Kalau korang tak duduk kat Melaka jangan risau mereka akan poskan cermin mata dalam masa seminggu.So,kerja korang hanyalah menunggu.Kalau nak cari tapi tak tahu jalan bolehlah guna aplikasi Waze.Mesti dia tahu.Tak pun korang tanyalah Encik Google
Ni dia rupa cermin mata yang saya pilih dan inilah rupa saya bila becermin mata
Sebelum pulang kami singgah solat di R&R Beranang di Lebuhraya LEKAS
0 ulasan