Ingat Budak Kecik Tak Boleh Masak Ke?!

by - 7:15 PG

Tajuk bukan main panjang tapi yang nak diceritakan ialah Pertandingan Cabaran Dapur Cilik Halfest yang diadakan sempena Ekspo Halal Terbesar di Malaysia yang berlangsung di The Mines, Seri Kembangan. 


Pertandingan memasak ini melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak berumur 9-12 tahun sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mencari chef muda yang berbakat besar. Setiap pasukan yang terdiri dari dua orang murid dan seorang guru akan diberi menu untuk disediakan.


Peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan serta produk yang disahkan Halal sepanjang pertandingan ini dan akan diadili oleh panel juri seperti Jaafar Onn dan rakan strategik HALFEST. 

Saya mengambil bahagian di dalam pertandingan ini bagi mewakili sekolah saya.Seramai 24 kumpulan yang mengambil bahagian.Pertandingan ini bermula pada hari Rabu.Disebabkan terdapat 24 kumpulan,peringkat sarinagn dilangsungkan slama dua hari.Batch pertama pada hari Rabu.Batch kedua termasuk saya pada hari Khamis.

Bagi peringkat saringan,peserta perlu memasak nasi goreng ayam nenas.Ala Thai gitu.
Alhamdulillah kumpulan saya layak ke peringkat suku akhir.



Pada hari Khamis tu saya pulang ke rumah bersama hamper tajaan Adabi beserta apron dan topi chef.

Pada hari Jumaat,saya dan rakan berentap dengan 11 lagi kumpulan yang lain bagi memasuki peringkat separuh akhir.Dengan masakan sphagetti bolognese dan cucur,kami berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.Masakan hari tersebut boleh dikategorikan sebagai masakan Italian.

Pada hari Sabtu,sekali lagi saya dan rakan telah berjaya ke peringkat akhir.Dengan masakan sambal ayam serai,chicken omelette dan lempeng jagung,saya dan rakan telah menambat hati juri-juri yang merasa masakan kami.

Pada hari Ahad seramai tiga kumpulan yang berentap.


Kumpulan yang berentap pada hari tersebut ialah Sk Setiawangsa(belakang kanan),Sk La Salle Sentul(2)(depan dan Sk TTDI(Belakang Kiri).


Hidangan hari ini: ayam masam manis, sayur campur dan bubur jagung. Bersedia untuk para juri merasa dan memberi markah.

Menunggu dengan debaran sambil ditemani oleh guru mereka. Pada masa ini pemenang ketiga telah diumumkan. Jadi, samada dapat menjadi juara atau naib johan.


Tuah nampaknya memihak kepada pasukan dari Sekolah La Salle Sentul (2). Saya dan rakan menjadi naib juara.

Hadiah bagi tempat kedua adalah:

  1. 1x Percutian 3 Hari/2 Malam di Hotel Palace of Golden Horses
  2. 1x Hamper
  3. 1x Barangan elektrik
  4. 1x Goodie Bag
  5. 1x Wang Tunai RM1,000

Saya dan rakan mendapat RM300/orang manakala cikgu mendapat RM200. Sekolah juga mendapat RM200. Barangan elektrik dari Akojaya adalah untuk sekolah.

Kalau emak sibuk dengan kerja rumah lain bolehlah saya pula yang memasak di dapur selepas ini ..hehehe.

You May Also Like

0 ulasan