Sukan atau Berniaga
Asalam.
Kenapa saya letak tajuk macam kat atas tu.Sebabnya minggu ni sekolah saya ada karnival sukan lepas UPSR.Hmmmm,dah habis UPSR rupanya....Apapun sebenarnya tajuk kat atas tu yang nak diceritakan.
Disebabkan permainan hari ini futsal,jadi saya tak terpilih sebab kengkawan kata saya ni macam tomato.
Cuba bayangkan tomata main futsal ataupun tomato berlari dalam sukantara.Mesti korang nak tergelak kan!!!Ni haaaa saya selitkan gamabar tomato(saja je)...
Kembali kepada cerita diatas.Disebabkan tak dapat main,saya pun tolonglah cikgu bukak gerai jualan.Macam-macam dijualanya.Antaranya ialah goreng-gorengan,gula-gula,aiskrim,air tin dan air kotak.
Benda yang paling bestnya,saya ditugaskan untuk membawa gorengan dari lokasi gorengan(di dewan)ke padang untuk di jual tapi tak sempat sampai bawah dah habis dibeli oleh bebudak yang lapar sangat nih.Yela tak makan, penat sukan pulak tu kan dan gorengan tu kan panas lagi,memang lakulah.
Daripada 15 trip(WOW)yang sempat sampai bawah 3 trip je itu pun tak sampai 2 minit dah habis.Itu baru sehari, untung memang banayaklah kan.Karnival sukan ni berlangsung selama 5 hari.Cuba bayangkan banyak mana keuntungan yang diperoleh.Sebenarnya tujuan jualan ni diadakan untuk mengumpul dana tahun 6.
Esok(18/9/2013 Rabu)hari kedua jualan dan bermacam lagi menu yang ingin ditambah seperti aiskrim 'scoop' oreo lah aiskrim Malaysia lah dam macam-macam lagi.Kesimpulannya untung jugak tak bersukan,dapat menambahkan keuntungan di samping mengenyangkan perut orang.
Setakat ni je lah entri kali ini.Assalamualikum...
0 ulasan