Pengalaman Ujibakat Idola Kecil 5

by - 9:14 PG

Pada 13&14 haribulan 10,saya telah pergi ke ujibakat idola kecil 5 yang telah diadakan di Alamanda,Putrajaya.Cuba anda bayangkan perasaan saya macam mane?Gembira,Seronok,Excited dan macam-macam lagi perasaan lain ada.Saya tunggu giliran saya selama 8 jam.Haahhhh 8 jam,jangan tak percaya betul!!!!Nak buat macam mane dah saya nak.Mungkin saya akan sertakan gambar nombor ujibakat tu nanti.

Macam-macam aktiviti yang dijalankan selain ujibakat sementara juri pergi makan dan berehat.Antaranya ialah persembahan dari bekas perlajar idola kecil 4.macam-macam lagu diorang bawa seperti aku suka dia,set fire to the rain dan banyak lagilah yang saya tak ingat.

Saya tunggu bukan main lama tu tak lapar ke?!!Tak lah sangat,saya cuma makan rotiboy 2 ketul je dan air masak satu botol.Bila dah sampai turn saya,saya agak gementar,saya berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan untuk saya diujibakat.

Sebelum tiba giliran saya saya terdengar suara saya dipanggil,rupa-rupanya kakak saya datang,so saya bertambah semangat tapi ada juga lah rasa bangga sebab dapat ujibakat tapi tak terpilih.Lagu yang saya nak bawak asalnya ialah carta hati tapi bila dah practise banyak kali kat tempat menunggu tu suara dah jadi macam asal balik kalau nak nyanyi ,suara saya kena ubah macam pompuan sikit.

Jadi bila dah nak sampai turn saya saya tukarlah lagu lelaki seperti aku,itupun bukan hafal sangat,dengar ramai lelaki lain nyanyi lagu tu saya pun nyanyi la.Tapi lepas nyanyi tu juri tu cakap kalau ada rezeki kami call tapi sebenarnya tak dapat.

Ooo lupa pula nak cerita yang saya sempat bertemu dan berborak dengan alif satar.Dia tanya saya yang ke berapa.Saya pun tumjuk lah nombor yang saya tampal kat baju saya.Saya tengok muka dia agak terkejut bila tengok nombor saya tu.Dia kata lambat lagi ni.Saya sempat juga ambil gambar dia bukan dengan dia eh.

Ok tu je lah cerita yang saya nak kongsi jumpa di next post assalamualaikum *_*

You May Also Like

0 ulasan