Projek Khas : Drink Move Be Strong

by - 11:54 PG




Setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan,kini aku kembali dengan blog berwajah baru. Baru-baru ini sekolah aku telah mengambil peluang untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dutch Lady Malaysia.

Golongan sasaran utama adalah pelajar sekolah sendiri. Pihak KPM dan Dutch Lady ingin menerapkan budaya gaya hidup sihat dalam diri pelajar-pelajar di Malaysia ini terutamanya dengan menggalakkan pelajar mengamalkan meminum susu 2 gelas sehari.

Well,mestilah dia akan suruh minum susu. Dah penajanya syarikat susu. Jadi,untuk meningkatkan persaingan sihat antara sekolah-sekolah di Malaysia ini,mereka pun menganjurkan Anugerah 3K dan bagi tahun 2017 ini mereka juga menganjurkan Projek Khas : Drink Move Be Strong.

Sekolah aku iaitu SMK Taman Setiawangsa tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Doakan kami mudah-mudahan dapat menjadi Johan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017 ini.

Tahun 2017 ini pertandingan diadakan dalam bentuk video dan memerlukan penggunaan medium teknologi terutamanya media sosial dan alhamdulillah untuk pertandingan ini aku diberi kepercayaan untuk menghasilkan videonya.

Disebabkan jumlah tontonan,like dan share termasuk dalam pemarkahan,jadinya aku mengharapkan bantuan dari korang semua. Nak tengok hasil kerja aku? Tekan link-link di bawah ini ya.

Video Kategori DRINK
Bahagian 1
Bahagian 2

Video Kategori MOVE
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3

Kategori BE STRONG
Bahagian 1

Kalau nak tengok full video boleh tengok dekat youtube aku. Boleh tekan icon youtube dekat bahagian CATCH ME UP dekat bahagian sidebar kanan. Harap anda dapat memberi sokongan dan kongsikan bersama kepada rakan-rakan,keluarga dan sesiapa sahaja kenalan korang. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik korang. Terima kasih. Jumpa lagi di posting akan datang.

Salam sayang dari HY.






You May Also Like

0 ulasan