Dikuasakan oleh Blogger.

Haikal Yunus

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2014.Memang banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun ini.Terima kasih juga kepada semua pembaca blog ini kerana sudi membaca entri saya yang tak seberapa dan jangan risau,pada tahun 2015 lebih banyak cerita-cerita menarik bakal dibawakan bagi tatapan semua.Apapun,akhir kata,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sebelum ini saya pernah bercerita mengenai Lazada.Kalau nak tahu boleh klik di sini dan sini.
Jadi,pada tanggal 12/12/2014,Lazada,salah satu pusat membeli-belah atas talian yang terkemuka telah mengadakan jualan besar-besaran yang diberi nama 12/12 SALE.Pada tarikh tersebut boleh dikatakan hampir semua barang dijual dengan harga yang rendah.



Memandangkan saya dan keluarga sedang mencari TV baru untuk menggantikan TV Sony kami yang sudah berusia berbelas tahun,jadi kami pun melayari lah laman web Lazada ni.Cari-cari punya cari,kami jumpa sebuah TV Samsung 40" Full HD.Dijual dengan harga RM998.Biasanya TV 40" ni harganya RM1000 keatas.Yang ni jenama Samsung pulak tu.Jadi,kami pon beli sebab sebelum ni dah survey harga dan rata-rata harga RM1000 keatas.Bila nak bayar dapat lagi potongan sebab guna Mastercard.Jadi jumlah keseluruhan hanya RM848.30.


TV barunya di dalam kotak.Kami pergi ambil sendiri dekat GDEX Wangsa Maju sebab dah excited sangat.Nasib baiklah tak jauh dari rumah.


 Inilah rupa TV baru nya


GDEX ambil masa lebih kurang 5 hari untuk menguruskan penghantaran TV ni


Selamat tinggal TV Sony yang telah banyak berjasa untuk menghibur kami sekeluarga selama berbelas tahun

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Pada hari Ahad yang lalu,saya dan keluarga telah ke Melaka untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan.Dalam masa yang sama kami merancang untuk ke kedai cermin mata di Sungai Udang untuk buat cermin mata lah,tak kan tak paham-paham lagi.Maklumlah saya jenis yang melekat dengan laptop dan phone,habis dah rabun jauh dan rabun silau(yang silau tu keturunan).

Selepas dari majlis perkahwinan,kami menuju ke Kedai cermin mata di Sungai Udang tu.Dalam perjalanan kami singgah di Klebang Original Coconut Shake.Sebelum ni kami dah pernah pergi.Saje singgah.


Orang beratur bukan main panjang nak take away diorang punya coconut shake sampai kena jaga dengan RELA



Pintu gerbang untuk masuk ke tempat parkingnya


Bukan main ramai orang yang datang nak minum coconut shake ni





Selepas itu,kami singgah pula di Masjid Kampung Kling untuk menunaikan kewajipan kami


Inilah dia kedai cermin matanya.Namanya Future Optic SDN. BHD. Ni alamat dan no. telefonnya

41 Jalan PSU 2 Plaza Sungai Udang, Sungai Udang, Melaka
06-351 7954

Sebenarnya saya buat cermin mata di sini kerana ianya jauh lebih murah berbanding di KL.Kalau korang tak duduk kat Melaka jangan risau mereka akan poskan cermin mata dalam masa seminggu.So,kerja korang hanyalah menunggu.Kalau nak cari tapi tak tahu jalan bolehlah guna aplikasi Waze.Mesti dia tahu.Tak pun korang tanyalah Encik Google


Ni dia rupa cermin mata yang saya pilih dan inilah rupa saya bila becermin mata


Sebelum pulang kami singgah solat di R&R Beranang di Lebuhraya LEKAS
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

Hari Keempat
Khamis - 11.12.2014
(Hari terakhir di Pulau Pinang)





Saya mulakan hari terakhir saya di Penang dengan bersarapan di Restoran Nasi Kandar yang sangat femes di Penang ni iaitu Nasi Kandar Original Kayu.Sarapan saya bukan nasi kandar tapi....




Air Milo Ais dan roti tisu yang sangat besar sampai 3 pinggan pajangnya .Ini merupakan keistimewaan restoran ni.Wajib cuba!


Saya makan lagi kat hotel sebab abang saya tak nak turun sarapan



Selepas sarapan kami menuju ke KOMTAR untuk cari t-shirt


Kat sini ada Kawanku.Jadi jangan risau kalau lupa bawak duit.


Ada juga kedai buku Popular


Terdapat banyak pilihat t-shirt di sini.Kami beli 9 t-shirt! Habis RM137!



Lepas dari KOMTAR,kami menuju ke Padang Kota Lama untuk makan tengah hari


Ayah saya sedang menikmati nasi goreng telur


Saya order char kuey teow.Sedap dan dia hantar kat meja.Tak payah beratur




Highlight kat sini ialah coconut shake,ABC dan juga Mee sotong beratur!



Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama















Design bangunan yang sangat cantik terdapt di Lebuh Pantai,George Town 


Balai Polis IPK Pulau Pinang


Wajib singgah Jeruk Madu Pak Ali yang sangat femes di Pulau Pinang ni



 Kami pulang ke tanah besar menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Kami singgah di R&R G.Semanggul

Maka tamatlah percutian selama 4 hari 3 malam ke Perlis dan Pulau Pinang

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Newer Posts
Older Posts

HAIKAL YUNUS

HAIKAL YUNUS
Journey of my life | 16 Years Old KL Boy Founder of Rayha Hijab and mypolaroidofficial | Contact : haikalyunus@gmail.com

CATCH ME UP

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Arkib Blog

  • ►  2017 (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (2)
  • ▼  2014 (16)
    • ▼  Disember (8)
      • Selamat Tahun Baru 2015
      • Lazada memang Awesome
      • Coconut Shake Original Klebang Melaka
      • Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee ...
      • Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa
      • Kereta Api Bukit Bendera
      • Padang Besar Syurga Membeli-belah
      • Homestay Paya Guring Perlis
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2013 (6)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
  • ►  2012 (3)
    • ►  Oktober (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates