Dikuasakan oleh Blogger.

Haikal Yunus

Tradisi di kampung aku iaitu Seri Tiram Jaya,Tanjung karang untuk memberi berkat kepada jiran tetangga dan sanak saudara

Buah betik dipotong untuk disajikan kepada tetamu yang hadir

Kepenatan sampai tertidur ditemani dua orang anak buah yang comel ini.
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan



Setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan,kini aku kembali dengan blog berwajah baru. Baru-baru ini sekolah aku telah mengambil peluang untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dutch Lady Malaysia.

Golongan sasaran utama adalah pelajar sekolah sendiri. Pihak KPM dan Dutch Lady ingin menerapkan budaya gaya hidup sihat dalam diri pelajar-pelajar di Malaysia ini terutamanya dengan menggalakkan pelajar mengamalkan meminum susu 2 gelas sehari.

Well,mestilah dia akan suruh minum susu. Dah penajanya syarikat susu. Jadi,untuk meningkatkan persaingan sihat antara sekolah-sekolah di Malaysia ini,mereka pun menganjurkan Anugerah 3K dan bagi tahun 2017 ini mereka juga menganjurkan Projek Khas : Drink Move Be Strong.

Sekolah aku iaitu SMK Taman Setiawangsa tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Doakan kami mudah-mudahan dapat menjadi Johan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017 ini.

Tahun 2017 ini pertandingan diadakan dalam bentuk video dan memerlukan penggunaan medium teknologi terutamanya media sosial dan alhamdulillah untuk pertandingan ini aku diberi kepercayaan untuk menghasilkan videonya.

Disebabkan jumlah tontonan,like dan share termasuk dalam pemarkahan,jadinya aku mengharapkan bantuan dari korang semua. Nak tengok hasil kerja aku? Tekan link-link di bawah ini ya.

Video Kategori DRINK
Bahagian 1
Bahagian 2

Video Kategori MOVE
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3

Kategori BE STRONG
Bahagian 1

Kalau nak tengok full video boleh tengok dekat youtube aku. Boleh tekan icon youtube dekat bahagian CATCH ME UP dekat bahagian sidebar kanan. Harap anda dapat memberi sokongan dan kongsikan bersama kepada rakan-rakan,keluarga dan sesiapa sahaja kenalan korang. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik korang. Terima kasih. Jumpa lagi di posting akan datang.

Salam sayang dari HY.






Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

Yeay! Akhirnya si bulat doraemon ni dah start bersenam balik. Dengan keazaman yang tinggi saya gigihkah diri ke Taman Tasik Datuk Keramat jalan kaki dari rumah!

Moga saya terus bersenam dan kekal sihat. Aminkan doa tu ya.

Jadi,mulakanlah hari anda dengan mengadap Allah dulu pastu pergi bersenam. Biar tong2 lemak dalam badan kau tu hilang.

Kalau nak lagi efektif, saya sarankan gunalah produk Fat Burner Mega. Jangan risau ianya HALAL dan DIBUAT DARIPADA BAHAN2 SEMULAJADI.
RM15O DAPAT SEKALI FREE SHAKER!! 




                                                         

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Baru-baru ni saya pergi ke Aeon Mid Valley untuk cari bahan-bahan untuk buat okonomiyaki(lempeng jepun). Aeon kat Mid Valley ni dia ada bahagian Asian/Japanese/Korean food.
Dek kerana pengaruh2 cerita-cerita korea seperti Running Man yang banyak menunjukkan makanan dan minuman mereka,saya terpikat melihat susu pisang mereka. Cari punya cari dapat tahu kat sini ada. Tu yang pergi membeli tu.

Memandangkan ianya HALAL so,saya belilah. Harganya agak mahal sebab 6 kotak dalam RM20 lebih. Dia jual dalam pek macam Milo tu. So,lebih kurang 1 kotak RM3 lebih. Harga dia ikut standard kat Korea lah tu. Dengan RM20 boleh dapat macam2 kan. Tapi dah nak sangat rasa,hmmm layan~
Rasa dia boleh tahan la. Kalau nak tahu macam mana rasa dia bolehlah cuba. Tapi saya lagi preferred minum air kelapa dan air kosong. Sekian.









Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Pada 14 dan 15 Februari 2015 yang lalu,kami sekeluarga telah ke Kuantan atas alasan kerja.(ye la tuh). Kami kesana kerana ayah dijeemput menghadiri dinner rakan sekerjanya. So,kami ni kira tumpang sekakilah.Hehehe.

Jadi,hayatilah cerita di bawah.

Kami sebenarnya bergerak dua kereta. Yelah ramaikan satu family tu. Satu kereta ayah lagi satu kereta abang. Memandangkan hari Sabtu tu saya Koko di sekolah,saya ingat naik dengan ayah saya lah. Rupa-rupanya,abang pun ada hal kerja so,tak jadi gerak awal. Saya decide naik dengan abanglah. Tapi kira cepatlah juga sebab kami dah nak sampai Kuantan,kereta ayah tak gerak lagi pon.

So,lepas sampai kami terus check-in then cari kedai makan sebab semua KELAPARAN! Cari punya cari jumpa Restoran Lila Wadi ni kat Google. So,kami pon gigihlah cari guna Waze. Kami pon ikut jelah sebab tak familiar dengan tempat tu.

Kami dibawa kedalam kawasan perumhan,lalu masjid segala sampai lah ke hujung Lorong Selamat 21. Kami nampak sebuah rumah yang macam tengah renovated. Kami tak jumpa restoran tu, hampa.Pastu try cari lagi,ntah kemana2 ntah kami dibawa oleh Waze.

Kakak saya jumpa no.tel kedai tu. So,dia pon tanya direction nak ke kedai tu. The best part is rumah yang kitaorang ingat tengah renovated tu lah kedainya! Buat malu jer! Tapi takpe,kami budak baru belajar.


Waktu kami sampai tu kedainya belum buka tapi dia kasi kami duduk. Takdelah dia halau macam kucing. So,kami dah duduk then tengok Menu terus order.




Bergambar di meja makan!


Selfie shikit!



JJCM pon pernah datang sini tau!


Ni antara makanan kegemaran ramai di sini iaitu Manggo Cheesecake. Seriously sedap sangat!


Ni dia punya tempat untuk steambot dan grill. Nampak cool sangat!


Air ni sangat saya recommend sebab siapa yang penah makan aiskrim Solero rasa dia macam tu. Nama air ni ialah Pandan Cooler. Nama makanan semua nampak coolkan?! Nama kedai pon menarik perhatian.


Ni makanan yang saya order iaitu Nasi Goreng Beef Bacon. Jangan risau ya makanan disini semuanya dijamin halal. Ni bukan bacon yang babi tu.


Dah kenyang makan. Licin semuanya!




Decoration kedai yang sangat simple tapi menarik.


Ni gambar apabila ianya telah dicompilekan.


BERSAMBUNG.....klik sini untuk bahagian 2
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan

Semalam,kami sekeluarga telah pergi ke Ana Ikan Bakar Petai Bangi menyambut double celebration birthday. Memandangkan hari lahir Kakak(2.2.1993) dan Mak pula(4.2.1966) hanya berbeza dua hari,maka ayah membuatkan keputusan untuk menyambut double celebration. Jimat sikit. Kalu buat 2 kali mau koyak poket kau!

Jadi,tanpa melengahkan masa lagi,marilah menatap gambar2 yang tersedia di bawah enjoy!


Inilah rupa kedainya


Menu yang terdapat di sini


Kaunter pilihan makanan


Memandangkan birthday mak semalam, so ayah lah yang suap. Hehehe


Birthday kakak Pipah 2 hari lepas, so mak pulak yang suap

Antara makanan2 yang kami order:-


Kerabu Mangga


sayur Cendawan


Sotong Goreng Tepung yang rangup!


Highlight disini sudah semestinya Ikan Bakar Petai!


Air Milo ais(dia pon nak enterframe jugak)


Semua muka happy sebab sedap




 Terdapat banyak tempat duduk tersedia


Playground untuk budak-budak main pon ada serta surau dan tandas di sebelahnya

Kami datang makan 11 orang! Sekali makan tu RM393! Yela dah 11 orang makan memanglah. Tapi memang puas dan kenyang. Bertambah debab lah aku. Tapi sekali-sekala. Jangan sampai tiap2 bulan sudeh. Tapi kalau anda mampu,saya tak kesah. Ikutlah kemampuan anda.

Kat bawah ni saya tinggalkan alamat dan no.telefon untuk tempahan. Biasanya waktu hujung minggu dan cuti ramai orang. Baik buat tempahan awal2 ya. Kalau pergi hari kerja macam kami ni tak ramai lah. Tu yang nampak lengang je tuh.

  1. Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. Telefon:019-217 7668 / 012-935 5869 
  3. Waktu Operasi
     · 5:00 PTG – 12:00 PG
  4. Hari Tutup : Isnin

Maklumat lanjut boleh rujuk sini dan sini

Sekian



Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan

Day 1 ~ Akhirnya Si Chubby diriku ini berazam untuk kurus macam lidi dan telah memulakan senaman kuruskan badan. Huhhh~~(bunyi nafas) . Penat sungguh rasanya. Inilah jadinya apabila tak bersenam dah lama tetiba bersenam. Dahlah semalam kena panggil Doraemon. Takpe tengok korang,nanti Doraemon ni jadi macam lidi. Sabar ya. Anyway, it's a good start. Keep Moving Forward~
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Banyak cara-cara untuk mengisi masa lapang anda ketika cuti tahun baru ni.Sebelum itu,saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Kembali kepada cerita asal.Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah bawa keluarga anda berjalan-jalan.


Tidak perlu hingga ke Paris,New York,London,Dubai atau ketempat-tempat yang jauh dan memerlukan kos yang tinggi.Cukup sekadar di Kuala Lumpur.Bila berkata mengenai Kuala Lumpur mesti anda akan ingat KLCC dan tempat-tempat shopping betul tak?! Haa betul! Shopping tak payahlah sampai ke Pavilion segala.Jadi,ikutlah panduan di bawah.





Bawalah keluarga anda ke Butik MissLilyShop yang terletak di Dataran Wangsa,Wangsa Melawati.Kat situ ada macam-macam.Baju,beg kasut semua ada.Boleh shopping kat situ tapi sesuai untuk kaum Hawa sahaja ya.Boleh klik di sini.Kalau nak merasa Lasagna yang kakak saya usahakan iaitu Oven_byslice boleh datang ke sini atau lawati Instagramnya di sini





Selain itu bawalah keluarga anda makan.Tak payahlah sampai beratur panjang2 kat Magnum Cafe KL tu.Cukuplah sekadar bawa keluarga anda ke Marrybrown Kenanga.Sedap,murah dan mengenyangkan.Jimat...


 

Dah alang-alang makan kat Marrybrown Kenanga,apa lagi shopping la!


Ada banyak kedai untuk anda semua terokai





Selepas itu,ayah membawa kami berjalan-jalan di sekitar Mont Kiara.Kawasan tu memang banyak sangat Kondominium.Dulu kat kawasan tu ada banyak penempatan orang Indonesia dan sekarang populasinya semakin berkurang kereana karancakan pembinaan kondominium dikawasan tersebut mendapat permintaan ramai.


Kami singgah solat di Masjid Al-Ubudiah yang berada di Kawasan Segambut Dalam tak jauh dari Mont Kiara tu.Saya baru tahu tentang tempat tu dan namanya.


Inilah kawasan Segambut Dalam tu.Boleh nampak banyak kondominium.Kalau anda perasan ada jambatan tinggi kat tengah-tengah tu.Itulah jambatan Highway Duta yang anda semua selalu lalu tu.


Jadi,kesimpulannya hanya dengan cara-cara diatas anda dapat mengisi masa lapang anda dengan keluarga dan menjadikannya kenangan untuk anda sekeluarga.


Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Older Posts

HAIKAL YUNUS

HAIKAL YUNUS
Journey of my life | 16 Years Old KL Boy Founder of Rayha Hijab and mypolaroidofficial | Contact : haikalyunus@gmail.com

CATCH ME UP

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Arkib Blog

  • ▼  2017 (2)
    • ▼  Mei (1)
      • Kenduri
    • ►  April (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (16)
    • ►  Disember (8)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2013 (6)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
  • ►  2012 (3)
    • ►  Oktober (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates