Alahai Susu Pisang Korea

by - 4:12 PTG

Baru-baru ni saya pergi ke Aeon Mid Valley untuk cari bahan-bahan untuk buat okonomiyaki(lempeng jepun). Aeon kat Mid Valley ni dia ada bahagian Asian/Japanese/Korean food.
Dek kerana pengaruh2 cerita-cerita korea seperti Running Man yang banyak menunjukkan makanan dan minuman mereka,saya terpikat melihat susu pisang mereka. Cari punya cari dapat tahu kat sini ada. Tu yang pergi membeli tu.

Memandangkan ianya HALAL so,saya belilah. Harganya agak mahal sebab 6 kotak dalam RM20 lebih. Dia jual dalam pek macam Milo tu. So,lebih kurang 1 kotak RM3 lebih. Harga dia ikut standard kat Korea lah tu. Dengan RM20 boleh dapat macam2 kan. Tapi dah nak sangat rasa,hmmm layan~
Rasa dia boleh tahan la. Kalau nak tahu macam mana rasa dia bolehlah cuba. Tapi saya lagi preferred minum air kelapa dan air kosong. Sekian.









You May Also Like

0 ulasan