Dikuasakan oleh Blogger.

Haikal Yunus

Projek shortfilm pertama.Harap semua pembaca blog ini sudi menonton video yg telah disediakan ini.Enjoy!


Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Hari ini aku dan ayah telah pergi ke Batu Caves.Hajatnya kami ke sana ialah nak beli monopod.Sepanjang perjalanan menuju ke tempatnya di Kampung Nakhoda,macam2 cerita ayah bagitau.Bila dah sampai kawasan Kampung Nakhoda kami pun terkial-kial cari rumah dia.Oh ya,kenapa saya sanggup pergi jauh2 nak beli monopod tu,sebabnya harganya yg boleh dikategorikan agak murah berbanding harga di pasaran sekarang.

Awalnya saya nak beli online je dengan Momo Accessories.Harganya RM40 termasuk postage tapi bila baca balik kalau cod harganya RM35.Sebab itulah kami pergi ke rumahnya.Kakak saya jugak yg recommendkan.Bila dah sampai tu aku cakap la nak beli monopod boleh pulak dia gelak.Lantaklah!Lepastu dia tanya nak warna apa,aku pun cakaplah nak warna biru,then dia pergilah amik dia cakap RM35.Aku pun apa lagi keluar kan skill tawar menawar nak cepat aku cakaplah kakak aku pernah datang dan dia dapat harga RM30.Dia pun nak cepat dia kata oklah.Setteled...


Ni lah bendanya.

Dalam perjalanan nak balik masuklah waktu solat zohor.Jadi kami singgahlah di Masjid Al-Amaniah.




Lepas dah habis solat zohor,kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanan ayah menceritakan sebuah kisah iaitu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.



Itulah kisahnya...





Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
sambungan part 1...

Selepas menaiki Sphagetti Space Chase,kami menaiki Transformers The Ride pulak.

Semangat betul ayah saya nak naik benda ni.


Ni gambar waktu dalam kereta Transformers tu.Kena pakai spek 3D tapi ride ni 4D.


Tengok mulut budak baju hitam tu,dahsyat betul dia bagi komen pasal cawan tu kat mak dia...haha..
Tapi memang best ride ni!!

Sempat bergambar depan pintu kat kedai souveniers dia..hahaha..muka bangga jerr


Tengok muka selenge budak tu.


Ni pulak gambar kitaorang dengan Transformers


Lepas dah naik Transformers tu,kitaorang bergambar depan Library of New York.
Kalau korang perasan dalam gambar ni ada sorang budak gemok baju hitam kan!!


Cuba korang tengok betul2 kat belakang budak gemok tu..ada apa?


Kami semua sedang berjalan menuju ke Egypt!!

Bergambar dengan penjaga makam Egypt..


Setelah menaiki ride dekat Egypt tu,kitaorang pergi ke zaman dinosaur pulak..

Banyak ride yang ada kat dalam tu tapi tak sempat amik gambar antaranya Jurassic Park The Ride,Canopy Flyer dan dinosaur terbang(sebenarnya saya tak ingat nama dia).

 Ni ha bendanya!!

Lepastu,kitaorang pergi ke FAR FAR AWAY...bukan pergi jauh-jauh tapi pergi ke negeri Shrek dan Fiona lah!


Pintu gerbang ke FAR FAR AWAY.


Ni pulak gambar istananya.

Ni rumah Shrek yang asal.Rupanya saya sama tinggi dengan kakak saya!

Nampak roller coaster merah tu?!Tu la Enchanted Airways yang kitaorang naik sebelum keluar dari FAR FAR AWAY..
Last ride!!!Madagascar!


Menuju ke tasik di mana diadakan pertunjukan bunga api dan juga persembahan penutup.














Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Cuti baru-baru ni,saya dan keluarga telah pergi cuti-cuti di SINGAPORE!!Bukanlah satu Singapore kitaorang pergi,tapi kitaorang pergi tempat paling menarik di Singapore iaitu Universal Studios Singapore(USS).

Dekat bawah ni antara gambar yang diambil ketika berada di sana.



Sebelum masuk ke USS ni,wajib untuk bergambar di sini kalau tak,rasa macam tak sampai ke USS la.


Yang ni pintu gerbang nak masuk ke USS.


    Anda akan nampak maklumat ni sebelum masuk dekat tempat scan tiket.


Sempat jugak saya dan ayah bergambar dengan minion ni.



Kami sedang menuju ke Sphagetti Space Chase(Sesame Street) dan ni juga adalah ride pertama yang kami naik.


Kitaorang beli tiket Universal Express,sebab tu lah tak payah susah-susah nak beratur panjang-panjang dan kami diberi keutamaan untuk naik semua ride dulu.Dah macam VIP semua orang tengok je bila kitorang lalu kat lane Universal Express tu.Hihi..


Ni lah dia benda alah yang kitaorang naik tu.Siap buat peace lagi tu.

Okay sampai sini je lah dulu ye nanti saya sambung part 2.


Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Hari ini adalah hari terakhir tahun 2013.Memnag banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun ini.Terima kasih juga kepda semua pembaca blog ini kerana sudi membaca entri saya yg tak seberapa.Apapun,akhir kata,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Cita-cita saya sememangnya nak jadi juruterbang.Jadi,tak peliklah kalu saya minat sangat kapal terbang.Pada 11 Disember yang lalu,saya telah pergi ke Aviax Simulation Centre.Kat bawah ni gambar-gambar yang dapat diambil.


Buat macam kapal terbang ni atuk kitaorang punya pulak...hehehe


Berada di awan biru....


Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sit back,relax and enjoy.

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Tajuk bukan main panjang tapi yang nak diceritakan ialah Pertandingan Cabaran Dapur Cilik Halfest yang diadakan sempena Ekspo Halal Terbesar di Malaysia yang berlangsung di The Mines, Seri Kembangan. 


Pertandingan memasak ini melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak berumur 9-12 tahun sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mencari chef muda yang berbakat besar. Setiap pasukan yang terdiri dari dua orang murid dan seorang guru akan diberi menu untuk disediakan.


Peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan serta produk yang disahkan Halal sepanjang pertandingan ini dan akan diadili oleh panel juri seperti Jaafar Onn dan rakan strategik HALFEST. 

Saya mengambil bahagian di dalam pertandingan ini bagi mewakili sekolah saya.Seramai 24 kumpulan yang mengambil bahagian.Pertandingan ini bermula pada hari Rabu.Disebabkan terdapat 24 kumpulan,peringkat sarinagn dilangsungkan slama dua hari.Batch pertama pada hari Rabu.Batch kedua termasuk saya pada hari Khamis.

Bagi peringkat saringan,peserta perlu memasak nasi goreng ayam nenas.Ala Thai gitu.
Alhamdulillah kumpulan saya layak ke peringkat suku akhir.



Pada hari Khamis tu saya pulang ke rumah bersama hamper tajaan Adabi beserta apron dan topi chef.

Pada hari Jumaat,saya dan rakan berentap dengan 11 lagi kumpulan yang lain bagi memasuki peringkat separuh akhir.Dengan masakan sphagetti bolognese dan cucur,kami berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.Masakan hari tersebut boleh dikategorikan sebagai masakan Italian.

Pada hari Sabtu,sekali lagi saya dan rakan telah berjaya ke peringkat akhir.Dengan masakan sambal ayam serai,chicken omelette dan lempeng jagung,saya dan rakan telah menambat hati juri-juri yang merasa masakan kami.

Pada hari Ahad seramai tiga kumpulan yang berentap.


Kumpulan yang berentap pada hari tersebut ialah Sk Setiawangsa(belakang kanan),Sk La Salle Sentul(2)(depan dan Sk TTDI(Belakang Kiri).


Hidangan hari ini: ayam masam manis, sayur campur dan bubur jagung. Bersedia untuk para juri merasa dan memberi markah.

Menunggu dengan debaran sambil ditemani oleh guru mereka. Pada masa ini pemenang ketiga telah diumumkan. Jadi, samada dapat menjadi juara atau naib johan.


Tuah nampaknya memihak kepada pasukan dari Sekolah La Salle Sentul (2). Saya dan rakan menjadi naib juara.

Hadiah bagi tempat kedua adalah:

  1. 1x Percutian 3 Hari/2 Malam di Hotel Palace of Golden Horses
  2. 1x Hamper
  3. 1x Barangan elektrik
  4. 1x Goodie Bag
  5. 1x Wang Tunai RM1,000

Saya dan rakan mendapat RM300/orang manakala cikgu mendapat RM200. Sekolah juga mendapat RM200. Barangan elektrik dari Akojaya adalah untuk sekolah.

Kalau emak sibuk dengan kerja rumah lain bolehlah saya pula yang memasak di dapur selepas ini ..hehehe.
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Asalam.

Kenapa saya letak tajuk macam kat atas tu.Sebabnya minggu ni sekolah saya ada karnival sukan lepas UPSR.Hmmmm,dah habis UPSR rupanya....Apapun sebenarnya tajuk kat atas tu yang nak diceritakan.
Disebabkan permainan hari ini futsal,jadi saya tak terpilih sebab kengkawan kata saya ni macam tomato.

Cuba bayangkan tomata main futsal ataupun tomato berlari dalam sukantara.Mesti korang nak tergelak kan!!!Ni haaaa saya selitkan gamabar tomato(saja je)...

Kembali kepada cerita diatas.Disebabkan tak dapat main,saya pun tolonglah cikgu bukak gerai jualan.Macam-macam dijualanya.Antaranya ialah goreng-gorengan,gula-gula,aiskrim,air tin dan air kotak.

Benda yang paling bestnya,saya ditugaskan untuk membawa gorengan dari lokasi gorengan(di dewan)ke padang untuk di jual tapi tak sempat sampai bawah dah habis dibeli oleh bebudak yang lapar sangat nih.Yela tak makan, penat sukan pulak tu kan dan gorengan tu kan panas lagi,memang lakulah.

Daripada 15 trip(WOW)yang sempat sampai bawah 3 trip je itu pun tak sampai 2 minit dah habis.Itu baru sehari, untung memang banayaklah kan.Karnival sukan ni berlangsung selama 5 hari.Cuba bayangkan banyak mana keuntungan yang diperoleh.Sebenarnya tujuan jualan ni diadakan untuk mengumpul dana tahun 6.

Esok(18/9/2013 Rabu)hari kedua jualan dan bermacam lagi menu yang ingin ditambah seperti aiskrim 'scoop' oreo lah aiskrim Malaysia lah dam macam-macam lagi.Kesimpulannya untung jugak tak bersukan,dapat menambahkan keuntungan di samping mengenyangkan perut orang.

Setakat ni je lah entri kali ini.Assalamualikum...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Asalam.Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56.Bersesuaian dengan tajuk di atas(ayat dah macam berceramah dah)kat bawah ni akan di selitkan satu video untuk tatapan anda semua.Selamat menonton!!!!




Sebenarnya video ni aku ambil dari Youtube channel aku(Haikal Yunus).Sudi-sudikanlah diri anda melawat ke Youtube channel aku.Jangan lupa like dan subscribe(sempat promo lagi tuh!!!!).Anyway,enjoy!!!

Kita masih lagi di dalam hari raya.Aku rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.



Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

Assalamualaikum,

Inilah kenangan yang paling indah pada tahun 2011.Ianya berlaku dalm bulan disimber.Inilah juga gambar sekitar berada di Melaka Bandaraya Bersejarah dan Bukit Melawati.
Gambarnya
:
:
:
:
:
:
:
:
:


roda feris yang besar!!!>taklah besar sangat
 kincir angin yang besar!!

 Ceh hensem tak???ngantuk pun ada sebenarnya
 diriku ini memang lah gemuk!!tengok lah sendiri
Bila tengok gambar2 ni macam nak tergelak pun ada tau>ini serius!!!Yang gambar nak akhir2 tu di 
Bukit Melawati.Banyak sangat lotong,monyet.dan spisisnya yang lain.
Itu sahaja catatan yang boleh disampaikan.bye2!!nak makan tahu nih!

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Pada 13&14 haribulan 10,saya telah pergi ke ujibakat idola kecil 5 yang telah diadakan di Alamanda,Putrajaya.Cuba anda bayangkan perasaan saya macam mane?Gembira,Seronok,Excited dan macam-macam lagi perasaan lain ada.Saya tunggu giliran saya selama 8 jam.Haahhhh 8 jam,jangan tak percaya betul!!!!Nak buat macam mane dah saya nak.Mungkin saya akan sertakan gambar nombor ujibakat tu nanti.

Macam-macam aktiviti yang dijalankan selain ujibakat sementara juri pergi makan dan berehat.Antaranya ialah persembahan dari bekas perlajar idola kecil 4.macam-macam lagu diorang bawa seperti aku suka dia,set fire to the rain dan banyak lagilah yang saya tak ingat.

Saya tunggu bukan main lama tu tak lapar ke?!!Tak lah sangat,saya cuma makan rotiboy 2 ketul je dan air masak satu botol.Bila dah sampai turn saya,saya agak gementar,saya berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan untuk saya diujibakat.

Sebelum tiba giliran saya saya terdengar suara saya dipanggil,rupa-rupanya kakak saya datang,so saya bertambah semangat tapi ada juga lah rasa bangga sebab dapat ujibakat tapi tak terpilih.Lagu yang saya nak bawak asalnya ialah carta hati tapi bila dah practise banyak kali kat tempat menunggu tu suara dah jadi macam asal balik kalau nak nyanyi ,suara saya kena ubah macam pompuan sikit.

Jadi bila dah nak sampai turn saya saya tukarlah lagu lelaki seperti aku,itupun bukan hafal sangat,dengar ramai lelaki lain nyanyi lagu tu saya pun nyanyi la.Tapi lepas nyanyi tu juri tu cakap kalau ada rezeki kami call tapi sebenarnya tak dapat.

Ooo lupa pula nak cerita yang saya sempat bertemu dan berborak dengan alif satar.Dia tanya saya yang ke berapa.Saya pun tumjuk lah nombor yang saya tampal kat baju saya.Saya tengok muka dia agak terkejut bila tengok nombor saya tu.Dia kata lambat lagi ni.Saya sempat juga ambil gambar dia bukan dengan dia eh.

Ok tu je lah cerita yang saya nak kongsi jumpa di next post assalamualaikum *_*
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Older Posts

HAIKAL YUNUS

HAIKAL YUNUS
Journey of my life | 16 Years Old KL Boy Founder of Rayha Hijab and mypolaroidofficial | Contact : haikalyunus@gmail.com

CATCH ME UP

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Arkib Blog

  • ▼  2017 (2)
    • ▼  Mei (1)
      • Kenduri
    • ►  April (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (16)
    • ►  Disember (8)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2013 (6)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
  • ►  2012 (3)
    • ►  Oktober (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates