Dikuasakan oleh Blogger.

Haikal Yunus

Baru-baru ni saya pergi ke Aeon Mid Valley untuk cari bahan-bahan untuk buat okonomiyaki(lempeng jepun). Aeon kat Mid Valley ni dia ada bahagian Asian/Japanese/Korean food.
Dek kerana pengaruh2 cerita-cerita korea seperti Running Man yang banyak menunjukkan makanan dan minuman mereka,saya terpikat melihat susu pisang mereka. Cari punya cari dapat tahu kat sini ada. Tu yang pergi membeli tu.

Memandangkan ianya HALAL so,saya belilah. Harganya agak mahal sebab 6 kotak dalam RM20 lebih. Dia jual dalam pek macam Milo tu. So,lebih kurang 1 kotak RM3 lebih. Harga dia ikut standard kat Korea lah tu. Dengan RM20 boleh dapat macam2 kan. Tapi dah nak sangat rasa,hmmm layan~
Rasa dia boleh tahan la. Kalau nak tahu macam mana rasa dia bolehlah cuba. Tapi saya lagi preferred minum air kelapa dan air kosong. Sekian.









Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Pada 14 dan 15 Februari 2015 yang lalu,kami sekeluarga telah ke Kuantan atas alasan kerja.(ye la tuh). Kami kesana kerana ayah dijeemput menghadiri dinner rakan sekerjanya. So,kami ni kira tumpang sekakilah.Hehehe.

Jadi,hayatilah cerita di bawah.

Kami sebenarnya bergerak dua kereta. Yelah ramaikan satu family tu. Satu kereta ayah lagi satu kereta abang. Memandangkan hari Sabtu tu saya Koko di sekolah,saya ingat naik dengan ayah saya lah. Rupa-rupanya,abang pun ada hal kerja so,tak jadi gerak awal. Saya decide naik dengan abanglah. Tapi kira cepatlah juga sebab kami dah nak sampai Kuantan,kereta ayah tak gerak lagi pon.

So,lepas sampai kami terus check-in then cari kedai makan sebab semua KELAPARAN! Cari punya cari jumpa Restoran Lila Wadi ni kat Google. So,kami pon gigihlah cari guna Waze. Kami pon ikut jelah sebab tak familiar dengan tempat tu.

Kami dibawa kedalam kawasan perumhan,lalu masjid segala sampai lah ke hujung Lorong Selamat 21. Kami nampak sebuah rumah yang macam tengah renovated. Kami tak jumpa restoran tu, hampa.Pastu try cari lagi,ntah kemana2 ntah kami dibawa oleh Waze.

Kakak saya jumpa no.tel kedai tu. So,dia pon tanya direction nak ke kedai tu. The best part is rumah yang kitaorang ingat tengah renovated tu lah kedainya! Buat malu jer! Tapi takpe,kami budak baru belajar.


Waktu kami sampai tu kedainya belum buka tapi dia kasi kami duduk. Takdelah dia halau macam kucing. So,kami dah duduk then tengok Menu terus order.




Bergambar di meja makan!


Selfie shikit!



JJCM pon pernah datang sini tau!


Ni antara makanan kegemaran ramai di sini iaitu Manggo Cheesecake. Seriously sedap sangat!


Ni dia punya tempat untuk steambot dan grill. Nampak cool sangat!


Air ni sangat saya recommend sebab siapa yang penah makan aiskrim Solero rasa dia macam tu. Nama air ni ialah Pandan Cooler. Nama makanan semua nampak coolkan?! Nama kedai pon menarik perhatian.


Ni makanan yang saya order iaitu Nasi Goreng Beef Bacon. Jangan risau ya makanan disini semuanya dijamin halal. Ni bukan bacon yang babi tu.


Dah kenyang makan. Licin semuanya!




Decoration kedai yang sangat simple tapi menarik.


Ni gambar apabila ianya telah dicompilekan.


BERSAMBUNG.....klik sini untuk bahagian 2
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan

Semalam,kami sekeluarga telah pergi ke Ana Ikan Bakar Petai Bangi menyambut double celebration birthday. Memandangkan hari lahir Kakak(2.2.1993) dan Mak pula(4.2.1966) hanya berbeza dua hari,maka ayah membuatkan keputusan untuk menyambut double celebration. Jimat sikit. Kalu buat 2 kali mau koyak poket kau!

Jadi,tanpa melengahkan masa lagi,marilah menatap gambar2 yang tersedia di bawah enjoy!


Inilah rupa kedainya


Menu yang terdapat di sini


Kaunter pilihan makanan


Memandangkan birthday mak semalam, so ayah lah yang suap. Hehehe


Birthday kakak Pipah 2 hari lepas, so mak pulak yang suap

Antara makanan2 yang kami order:-


Kerabu Mangga


sayur Cendawan


Sotong Goreng Tepung yang rangup!


Highlight disini sudah semestinya Ikan Bakar Petai!


Air Milo ais(dia pon nak enterframe jugak)


Semua muka happy sebab sedap




 Terdapat banyak tempat duduk tersedia


Playground untuk budak-budak main pon ada serta surau dan tandas di sebelahnya

Kami datang makan 11 orang! Sekali makan tu RM393! Yela dah 11 orang makan memanglah. Tapi memang puas dan kenyang. Bertambah debab lah aku. Tapi sekali-sekala. Jangan sampai tiap2 bulan sudeh. Tapi kalau anda mampu,saya tak kesah. Ikutlah kemampuan anda.

Kat bawah ni saya tinggalkan alamat dan no.telefon untuk tempahan. Biasanya waktu hujung minggu dan cuti ramai orang. Baik buat tempahan awal2 ya. Kalau pergi hari kerja macam kami ni tak ramai lah. Tu yang nampak lengang je tuh.

  1. Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. Telefon:019-217 7668 / 012-935 5869 
  3. Waktu Operasi
     · 5:00 PTG – 12:00 PG
  4. Hari Tutup : Isnin

Maklumat lanjut boleh rujuk sini dan sini

Sekian



Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Newer Posts
Older Posts

HAIKAL YUNUS

HAIKAL YUNUS
Journey of my life | 16 Years Old KL Boy Founder of Rayha Hijab and mypolaroidofficial | Contact : haikalyunus@gmail.com

CATCH ME UP

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Arkib Blog

  • ►  2017 (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
  • ▼  2015 (6)
    • ►  Mac (1)
    • ▼  Februari (3)
      • Alahai Susu Pisang Korea
      • Tempat makan menarik dan sedap di Kuantan
      • Ana Ikan Bakar Petai Bangi SEDAP dan TERBAIK!!
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (16)
    • ►  Disember (8)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2013 (6)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
  • ►  2012 (3)
    • ►  Oktober (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates