Dikuasakan oleh Blogger.

Haikal Yunus

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2013.Memnag banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun ini.Terima kasih juga kepda semua pembaca blog ini kerana sudi membaca entri saya yg tak seberapa.Apapun,akhir kata,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Cita-cita saya sememangnya nak jadi juruterbang.Jadi,tak peliklah kalu saya minat sangat kapal terbang.Pada 11 Disember yang lalu,saya telah pergi ke Aviax Simulation Centre.Kat bawah ni gambar-gambar yang dapat diambil.


Buat macam kapal terbang ni atuk kitaorang punya pulak...hehehe


Berada di awan biru....


Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sit back,relax and enjoy.

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Tajuk bukan main panjang tapi yang nak diceritakan ialah Pertandingan Cabaran Dapur Cilik Halfest yang diadakan sempena Ekspo Halal Terbesar di Malaysia yang berlangsung di The Mines, Seri Kembangan. 


Pertandingan memasak ini melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak berumur 9-12 tahun sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mencari chef muda yang berbakat besar. Setiap pasukan yang terdiri dari dua orang murid dan seorang guru akan diberi menu untuk disediakan.


Peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan serta produk yang disahkan Halal sepanjang pertandingan ini dan akan diadili oleh panel juri seperti Jaafar Onn dan rakan strategik HALFEST. 

Saya mengambil bahagian di dalam pertandingan ini bagi mewakili sekolah saya.Seramai 24 kumpulan yang mengambil bahagian.Pertandingan ini bermula pada hari Rabu.Disebabkan terdapat 24 kumpulan,peringkat sarinagn dilangsungkan slama dua hari.Batch pertama pada hari Rabu.Batch kedua termasuk saya pada hari Khamis.

Bagi peringkat saringan,peserta perlu memasak nasi goreng ayam nenas.Ala Thai gitu.
Alhamdulillah kumpulan saya layak ke peringkat suku akhir.



Pada hari Khamis tu saya pulang ke rumah bersama hamper tajaan Adabi beserta apron dan topi chef.

Pada hari Jumaat,saya dan rakan berentap dengan 11 lagi kumpulan yang lain bagi memasuki peringkat separuh akhir.Dengan masakan sphagetti bolognese dan cucur,kami berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.Masakan hari tersebut boleh dikategorikan sebagai masakan Italian.

Pada hari Sabtu,sekali lagi saya dan rakan telah berjaya ke peringkat akhir.Dengan masakan sambal ayam serai,chicken omelette dan lempeng jagung,saya dan rakan telah menambat hati juri-juri yang merasa masakan kami.

Pada hari Ahad seramai tiga kumpulan yang berentap.


Kumpulan yang berentap pada hari tersebut ialah Sk Setiawangsa(belakang kanan),Sk La Salle Sentul(2)(depan dan Sk TTDI(Belakang Kiri).


Hidangan hari ini: ayam masam manis, sayur campur dan bubur jagung. Bersedia untuk para juri merasa dan memberi markah.

Menunggu dengan debaran sambil ditemani oleh guru mereka. Pada masa ini pemenang ketiga telah diumumkan. Jadi, samada dapat menjadi juara atau naib johan.


Tuah nampaknya memihak kepada pasukan dari Sekolah La Salle Sentul (2). Saya dan rakan menjadi naib juara.

Hadiah bagi tempat kedua adalah:

  1. 1x Percutian 3 Hari/2 Malam di Hotel Palace of Golden Horses
  2. 1x Hamper
  3. 1x Barangan elektrik
  4. 1x Goodie Bag
  5. 1x Wang Tunai RM1,000

Saya dan rakan mendapat RM300/orang manakala cikgu mendapat RM200. Sekolah juga mendapat RM200. Barangan elektrik dari Akojaya adalah untuk sekolah.

Kalau emak sibuk dengan kerja rumah lain bolehlah saya pula yang memasak di dapur selepas ini ..hehehe.
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Asalam.

Kenapa saya letak tajuk macam kat atas tu.Sebabnya minggu ni sekolah saya ada karnival sukan lepas UPSR.Hmmmm,dah habis UPSR rupanya....Apapun sebenarnya tajuk kat atas tu yang nak diceritakan.
Disebabkan permainan hari ini futsal,jadi saya tak terpilih sebab kengkawan kata saya ni macam tomato.

Cuba bayangkan tomata main futsal ataupun tomato berlari dalam sukantara.Mesti korang nak tergelak kan!!!Ni haaaa saya selitkan gamabar tomato(saja je)...

Kembali kepada cerita diatas.Disebabkan tak dapat main,saya pun tolonglah cikgu bukak gerai jualan.Macam-macam dijualanya.Antaranya ialah goreng-gorengan,gula-gula,aiskrim,air tin dan air kotak.

Benda yang paling bestnya,saya ditugaskan untuk membawa gorengan dari lokasi gorengan(di dewan)ke padang untuk di jual tapi tak sempat sampai bawah dah habis dibeli oleh bebudak yang lapar sangat nih.Yela tak makan, penat sukan pulak tu kan dan gorengan tu kan panas lagi,memang lakulah.

Daripada 15 trip(WOW)yang sempat sampai bawah 3 trip je itu pun tak sampai 2 minit dah habis.Itu baru sehari, untung memang banayaklah kan.Karnival sukan ni berlangsung selama 5 hari.Cuba bayangkan banyak mana keuntungan yang diperoleh.Sebenarnya tujuan jualan ni diadakan untuk mengumpul dana tahun 6.

Esok(18/9/2013 Rabu)hari kedua jualan dan bermacam lagi menu yang ingin ditambah seperti aiskrim 'scoop' oreo lah aiskrim Malaysia lah dam macam-macam lagi.Kesimpulannya untung jugak tak bersukan,dapat menambahkan keuntungan di samping mengenyangkan perut orang.

Setakat ni je lah entri kali ini.Assalamualikum...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Asalam.Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56.Bersesuaian dengan tajuk di atas(ayat dah macam berceramah dah)kat bawah ni akan di selitkan satu video untuk tatapan anda semua.Selamat menonton!!!!




Sebenarnya video ni aku ambil dari Youtube channel aku(Haikal Yunus).Sudi-sudikanlah diri anda melawat ke Youtube channel aku.Jangan lupa like dan subscribe(sempat promo lagi tuh!!!!).Anyway,enjoy!!!

Kita masih lagi di dalam hari raya.Aku rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.



Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Newer Posts
Older Posts

HAIKAL YUNUS

HAIKAL YUNUS
Journey of my life | 16 Years Old KL Boy Founder of Rayha Hijab and mypolaroidofficial | Contact : haikalyunus@gmail.com

CATCH ME UP

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Arkib Blog

  • ►  2017 (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (16)
    • ►  Disember (8)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ▼  2013 (6)
    • ▼  Disember (3)
      • Entri terakhir tahun 2013
      • Pengalaman berada di dalam cockpit 737
      • Ho Chi Minh City(Tempat percutian yang menarik)
    • ►  Oktober (1)
      • Ingat Budak Kecik Tak Boleh Masak Ke?!
    • ►  September (2)
      • Sukan atau Berniaga
      • Zombi di Hari Merdeka
  • ►  2012 (3)
    • ►  Oktober (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates