Dikuasakan oleh Blogger.

Haikal Yunus


Assalamualaikum,

Inilah kenangan yang paling indah pada tahun 2011.Ianya berlaku dalm bulan disimber.Inilah juga gambar sekitar berada di Melaka Bandaraya Bersejarah dan Bukit Melawati.
Gambarnya
:
:
:
:
:
:
:
:
:


roda feris yang besar!!!>taklah besar sangat
 kincir angin yang besar!!

 Ceh hensem tak???ngantuk pun ada sebenarnya
 diriku ini memang lah gemuk!!tengok lah sendiri
Bila tengok gambar2 ni macam nak tergelak pun ada tau>ini serius!!!Yang gambar nak akhir2 tu di 
Bukit Melawati.Banyak sangat lotong,monyet.dan spisisnya yang lain.
Itu sahaja catatan yang boleh disampaikan.bye2!!nak makan tahu nih!

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Pada 13&14 haribulan 10,saya telah pergi ke ujibakat idola kecil 5 yang telah diadakan di Alamanda,Putrajaya.Cuba anda bayangkan perasaan saya macam mane?Gembira,Seronok,Excited dan macam-macam lagi perasaan lain ada.Saya tunggu giliran saya selama 8 jam.Haahhhh 8 jam,jangan tak percaya betul!!!!Nak buat macam mane dah saya nak.Mungkin saya akan sertakan gambar nombor ujibakat tu nanti.

Macam-macam aktiviti yang dijalankan selain ujibakat sementara juri pergi makan dan berehat.Antaranya ialah persembahan dari bekas perlajar idola kecil 4.macam-macam lagu diorang bawa seperti aku suka dia,set fire to the rain dan banyak lagilah yang saya tak ingat.

Saya tunggu bukan main lama tu tak lapar ke?!!Tak lah sangat,saya cuma makan rotiboy 2 ketul je dan air masak satu botol.Bila dah sampai turn saya,saya agak gementar,saya berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan untuk saya diujibakat.

Sebelum tiba giliran saya saya terdengar suara saya dipanggil,rupa-rupanya kakak saya datang,so saya bertambah semangat tapi ada juga lah rasa bangga sebab dapat ujibakat tapi tak terpilih.Lagu yang saya nak bawak asalnya ialah carta hati tapi bila dah practise banyak kali kat tempat menunggu tu suara dah jadi macam asal balik kalau nak nyanyi ,suara saya kena ubah macam pompuan sikit.

Jadi bila dah nak sampai turn saya saya tukarlah lagu lelaki seperti aku,itupun bukan hafal sangat,dengar ramai lelaki lain nyanyi lagu tu saya pun nyanyi la.Tapi lepas nyanyi tu juri tu cakap kalau ada rezeki kami call tapi sebenarnya tak dapat.

Ooo lupa pula nak cerita yang saya sempat bertemu dan berborak dengan alif satar.Dia tanya saya yang ke berapa.Saya pun tumjuk lah nombor yang saya tampal kat baju saya.Saya tengok muka dia agak terkejut bila tengok nombor saya tu.Dia kata lambat lagi ni.Saya sempat juga ambil gambar dia bukan dengan dia eh.

Ok tu je lah cerita yang saya nak kongsi jumpa di next post assalamualaikum *_*
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Aidil adha sudah pun tiba,tetapi ada sesuatu yang kurang rasanya dalam hidup ini.Oooo ye baru teringat yang kurang itu adalah arwah nenek sebelah ayah saya.Arwah meninggal 3 hari sebelum hari raya Aidilfitri.Saya ambil sedikit petikin dari blog ayah saya iaitu Yunus Badawi.mungkin ada diantara anda yang kenal.

Di saat muslimin muslimat bersiap sedia bergembira menjelang raya, separuh jiwaku pergi bersama bonda tercinta yg telah meninggalkan kami buat selama2nya.

Sedih .... hiba .... sebak ... rindu kpdmu ibu.

Harap kami telah melakukan yg terbaik sepanjang emak tinggal bersama kami sejak abah pergi 19 tahun yg lalu. Tapi saya tahu banyak kekurangan dan kesilapan yg kami sekeluarga terutamanya saya sendiri lakukan. Di sudut hati, saya berharap emak telah memaafkan segala-segalanya sebelum emak pergi.

Kini yg tinggal hanya kenangan. Kenangan suka duka kita bersama. Terasa ingin memeluk dan mencium emak di pagi raya tapi apakan daya itu semua sudah tak mungkin. Hanya doa dan bacaan Al-Quran yg dapat kami kirimkan sebagai tanda kasih.

Di penghujung Ramadan yg mulia ini anakmu berdoa agar Allah melimpahkan rahmatNya, mengampunkan emak dan membebaskan dari api neraka. 

Semoga emak berbahagia di sana.

Pos di atas daripada blog ayah saya ya bukan saya.



Oklah itu sahaja untuk kali ini dan ini bukan kali pertama saya menulis blog.Saya ada blog sebelum ini yang diberi nama Aku Bukan Dirimu tapi dah tutup blog tu.Ok assalamualaikum dan jumpa lagi di next post.*_*
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Newer Posts

HAIKAL YUNUS

HAIKAL YUNUS
Journey of my life | 16 Years Old KL Boy Founder of Rayha Hijab and mypolaroidofficial | Contact : haikalyunus@gmail.com

CATCH ME UP

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Arkib Blog

  • ►  2017 (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (16)
    • ►  Disember (8)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2013 (6)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
  • ▼  2012 (3)
    • ▼  Oktober (3)
      • Kenangan Terindah di tahun 2011
      • Pengalaman Ujibakat Idola Kecil 5
      • Raya Aidil Adha Terasa Kekurangan

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates